Jumaat, 9 Oktober 2009

BM 1 – Bahagian B
Karangan Jenis Perbincangan.

Sila isi tempat kosong berikut dengan perkataan yang sesuai.

Program Latihan Khidmat Negara Bagi Golongan Remaja.
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan ………………….. nilai-nilai patriotik kepada ……………….. muda ke arah cinta, kasih dan sayang akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan di ………………..buah negara lain kerana menggunakan modul dan acuan kita …………… yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi.
Tujuan program ini …………………. adalah untuk menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur di kalangan …………… pada hari ini. Perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Melalui ……………… ini, para remaja boleh diberi penerangan dalam pelbagai aspek yang berkaitan dengan sejarah, perlembagaan, Rukun Negara, dasar-dasar kerajaan dan sebagainya. Perkara-perkara seperti ini akan ………………….. generasi muda memahami hasrat negara di samping dapat menghindarkan salah faham dan rasa curiga terhadap kerajaan atau negara.
PLKN juga bertindak …………….. satu mekanisme bagi pembentukan ……………. diri remaja. Disiplin diri merupakan asas penting bagi sesuatu kejayaan. Masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat diisi dengan………………. yang berfaedah dan mendisiplinkan diri dengan jadual aktiviti yang ditentukan. Program ini secara tidak …………….. dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan yang menguji ketahanan ………………. dan fizikal. Dengan itu, mereka akan menghargai nyawa dan masa ……………. mereka dengan tidak sewenang-wenangnya mendedahkan diri kepada gejala ………….. seperti penagihan dadah, perjudian, lumba haram dan sebagainya.
Program ini yang melibatkan pelbagai …………….. bertujuan untuk memperkukuh integrasi nasional. Melalui program ini, remaja daripada …………….. kaum, kebudayaan dan agama, dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat ……………….. kaum. Hal ini demikian kerana semasa menjalani program ini mereka melakukan aktiviti program dan tinggal …………………. . Justeru, mereka dapat mengenali antara satu sama lain dan seterusnya mengenali kebudayaan …………………………… .
Program-program yang dilaksanakan dalam PLKN meliputi modul-modul tertentu, iaitu latihan fizikal, kursus bina semangat, kursus bina perwatakan dan khidmat ……………….. . Latihan fizikal dalam PLKN tidak membabitkan penggunaan senjata ……atau latihan ketenteraan. Para pelajar akan belajar ……………., tempur tanpa senjata, pertolongan …………., merentas halangan dan kegiatan sukan. Melalui asas latihan ketenteraan ini, para remaja didedahkan dengan kemahiran kepimpinan dan ikhtiar hidup.
Latihan ketatanegaraan dan pembentukan watak positif pula mendedahkan para remaja ……………….. semangat patriotisme. Kesedaran dan semangat …………………….. negara penting dalam usaha untuk memastikan …………………….. negara sentiasa dipertahankan kerana penjajah akan sentiasa berusaha untuk …………………….. semula negara yang lemah dalam bentuk yang lain seperti kuasa ekonomi yang jauh lebih kuat berbanding kuasa tentera. Oleh itu, rakyat perlu diterapkan dengan semangat patriotisme ……………….. masa.
Aktiviti khidmat sosial pula ………………………. para remaja melibatkan diri dalam agensi awam, aktiviti gotong-royong, khidmat bakti kepada masyarakat dan bekerja dengan badan bukan kerajaan (NGO) untuk ……………………… perpaduan dan menanam nilai-nilai murni dalam jiwa para remaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan