Jumaat, 9 Oktober 2009

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap kata di bawah ini supaya jelas menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh memberikan imbuhan pada perkataan tersebut.
(i) rendang : rendang
(ii) bela : bela
(iii) selak : selak

[6 markah]

(b) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat perkataan yang tertinggal. Tulis setiap ayat itu semula dengan menambahkan perkataan yang tertinggal dan garisi perkataan yang anda tambah tersebut.
(i) Projek untuk kawasan itu disambung semula setelah beberapa lama akibat kegawatan ekonomi.
(ii) Ketibaan tetamu di majlis itu disambut dengan kompang oleh Kumpulan Kompang Kampung Melayu Lama.
(iii) Proses menuntut tidak ada penghujungnya; kita perlu belajar dan menambah ilmu serta kemahiran diri hingga akhir hayat.

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan penggunaan ejaan dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Perpustakaan eletronik berupa perpustakaan alternatif yang dapat menyediakan maklumat dalam program pendidikan jarak jauh.
(ii) Kita tidak boleh mementingkan pangkat dan kedudukkan sehingga sanggup memperlekehkan orang lain sampai menjejaskan maruahnya.
(iii) Para pelajar intitusi pendidikan tinggi dilarang memakai pakaian yang mencolok mata semasa hadiri kuliah.
[6 markah]
(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata dan istilah atau bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Setengah penonton membaling tin minuman ke padang bila pemain gagal menjaringkan gol.
(ii) Dalam mesyuarat itu mereka membincangkan tentang lain-lain perkara selain masalah disiplin pelajar.
(iii) Oleh kerana tilam itu lembap, penolong rumah saya telah menjemurnya.
[6 markah]


(e) Baca dialog di bawah ini dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan tiga situasi yang berbeza yang terdapat dalam petikan.

Bob : Sudah tahukah engkau bahawa Adam akan berpindah sekolah?
Mas : Ada saya mendengar kawan-kawan saya berkata demikian tetapi berita itu tidak
sah sumbernya.
Bob : Kalau berita itu sah, kita kehilangan orang harapan dalam persembahan
nyanyian. Adam pelajar yang pintar dan menjadi harapan sekolah dalam
pelbagai bidang.
Mas : Jika perkara itu benar, kita tidak boleh berbuat apa-apa.
Lagipun kita tidak tahu akan punca Adam mengambil keputusan itu.
Bob : Aku harap kehilangannya dalam kumpulan kita akan ada penggantinya.
Mas : Aku pun harap begitu. Harap-harap dia tidak akan berpindah sekolah.

[6 markah]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan